Pages

Sunday, October 26, 2014

Maal Hijrah


SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH
KHAS BUAT BLOGGER-BLOGGER SEMUA 
TIDAK KIRA DIMANA JUA ANDA BERADA

Wednesday, October 15, 2014

Cara Penyediaan Makanan Lebih Sihat

 Salam kawan2..

OK.. Perkataan 'sihat' sebenarnya jarang dikaitkan dengan masakan tempatan yang sangat kita gemari ini.Kita sememangnya sukar untuk mengurangkan gula,garam atau santan apabila memasak.Ramuan yang tidak berapa sihat seumpama itulah yang membuatkan hidangan kita lebih berperisa dan sudah pasti ia akan menjadi lebih enak sedangkan ia amat berbahaya untuk kesihatan.. 

Sebagai ibu bapa,menjadi tanggungjawab untuk memastikan keluarga makan secara sihat.Kita perlu menyediakan makanan yang seimbang agar anak-anak kita dapat membesar dengan sihat dan cerdas.Oleh itu buatlah perubahan supaya kita sekeluarga boleh menikmati hidangan makanan kegemaran disamping dapat mengekalkan kesihatan dengan baik


Jadi, disini saya ingin menyenaraikan 6 perkara yang boleh dijadikan panduan dalam penyediaan makanan untuk lebih sihat:-

1) Masaklah dengan menggunakan bahan yang disediakan sendiri

2) Mengukus makanan

3) Gantikan bahan lain seperti beras putih kepada beras perang

4) Perbanyakkan sayur dalam makanan

5) Menggunakan bahan perisa semulajadi

6) Buat pilihan yang berpatutan 

Bekerja dari rumah

Hi,
SALAM 1 MALAYSIA


Jika anda nak bekerja dari rumah dan memiliki kemahiran berikut:

1: Mahir mengunakan komputer & internet.
2: Tahu mengunakan perisian Microsoft Office atau Open Office.
3: Boleh membaca dan menulis dalam berbahasa Inggeris.
4: Tahu apa beza antara Google & Web Browser.

Anda sesuai untuk kerja online freelance seperti:

1: Virtual Assistant (USD$100 per projek)
2: Data Entry (USD$50.00 per projek)
3: Web Research (USD$150.00 per projek)
4: Virtual Customer Service (USD$70.00 per projek)

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang online freelancing sila layari link dibawah sekarang!
==> http://jobdirumah.com/sahazid

Terima kasih,

Yang Benar,
sani safiey
bukitpayong85@gmail.com

Monday, October 13, 2014

PT3


Assalamualaikum....

Kepada pelajar ting. 3 yg tengah menduduki peperiksaan PT3 tu,

"DO THE BEST"

Saya doakan agar anda semua dapat berjaya dengan Cemerlang,Gemilang & Terbilang

amin..




Sunday, October 12, 2014

GST : Cukai Barangan dan Perkhidmatan

Selamat petang semua...

Sekarang ni semua orang kecoh pasal GST, termasuklah juga penulis sendiri..hehe

Apa itu GST


GST (Goods and Services Tax) atau lebih dikenali di Eropah sabagai VAT (Value Added Tax) mula diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.

Ia adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang. GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai.



Lebih daripada 160 negara telah melaksanakan GST (Goods and Services Tax) ini menunjukkan sistem percukaian GST adalah "telus, berkesan dan sistem cukai yang adil."

Pada ketika ini, jabatan-jabatan kerajaan yang mempunyai kaitan secara langsung dan tidak langsung dengan GST berusaha memberikan penerangan dan kesedaran kepada pengguna tentang GST seperti Kementerian Kewangan, Kastam Diraja Malaysia dll.

Mana-mana perniagaan yang belum didaftarkan akan diminta untuk membuat pendaftaran dibawah Kastam Diraja Malaysia sebagai badan pelaksana GST.

haa...itulah serba sedikit tentang GST,  ok

Saturday, October 11, 2014

bajet 2015

Apa Khabar...

haha.. macamana dgn bajet semalam..  mungkin ramai yg setuju dan ada jugak yg kurang setuju ni .
takpela walau pun begitu, kita patut bersyukur dan berasa gembira dgn keadaan ekonomi negara kita yg stabil sekarang jika dibandingkan dgn negara lain yang masih bergolak.

Bukan itu saja, negara kita Malaysia ni pun masih aman damai, harmoni selamat sejahtera gitu..
hehe..
okla, di sini saya nak paparkan tentang apa yang terkandung dalam bajet 2015 yg telah dibentangkan oleh PM kita iatu Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak di dewan rakyat pada petang semalam.

.Bajet 2015 bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat".
   
Bajet 2015 menggariskan tujuh strategi utama iaitu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.

* Bajet 2015 memperuntukkan RM273.9 bilion, peningkatan RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014.

* RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* RM65.6 bilion untuk emolumen, RM38.1 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.

* Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM29.3 bilion

* Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat     (RM12.6 bilion).

* Peruntukan sektor keselamatan (RM4.9 bilion)

* Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2015, diunjurkan RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion

   berbanding 2014.

* Pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada kadar 5 hingga 6 peratus, manakala defisit fiskal dijangka    
  berkurangan kepada 3 peratus.

* Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015.

* Barangan dengan anggaran nilai RM3.8 bilion dikecualikan GST.  

* Pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan hasil kerajaan RM13.8 bilion.

* RM4.9 bilion disalurkan untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BRIM.

* Hasil kutipan bersih GST berbaki RM690 juta.

* Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang kondusif dan komprehensif bagi melonjak pelaburan    
  domestik dan asing.

* Projek infrstruktur 2015 ; membina Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59km dengan kos RM5.3 bilion; Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (276km/RM5 bilion); Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (47km/RM4.2 bilion); Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur-Hubungan Timur (36km/RM1.6 bilion); menaiktaraf landasan keretapi sektor Pantai Timur (RM150 juta), pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke Putrajaya (56km/RM23 bilion), Projek LRT3 hubungkan Bandar Utama-Shah Alam-Klang (RM9 bilion).

* Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex dengan nilai pelaburan RM69 bilion, dijangka wujudkan lebih 10,000 pekerjaan.

* Dana pinjaman sustainable mobility fund RM70 juta bagi membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik, sebagai permulaan 50 bas elektrik akan diperkenalkan.

* RM100 juta Dana Industri Kandungan Digital Industri bagi memajukan industri kreatif negara. 

* RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam tempoh tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi

* Kerajaan mensasarkan 29.4 juta pelancong asing dengan jangkaan pendapatan RM89 bilion, sempena 'Malaysia - Year of Festivals 2015'.

 * RM316 juta diperuntukkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

* TEKUN sediakan RM500 juta untuk pembiayaan keusahawanan iaitu RM350 juta (usahawan Bumiputera), RM50 juta (usahawan muda India), RM50 juta (usahawan wanita muda), RM50 juta (program pembangunan usahawan bekas tentera)

* Pinjaman mudah RM50 juta untuk PKS kaum Cina, manakala penjaja dan peniaga kecil (RM30 juta).

* Penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST.

* Kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dinaikan daripada 200 unit kepada 300 unit pertama.

* Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga peratus, 300,000 pembayar cukai pendapatan, tidak lagi perlu membayar.


* Golongan berkeluarga berpendapatan RM4,000 sebulan, tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.

* Bagi tahun taksiran 2016, kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 kepada 24 peratus, manakala kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata daripada 20 kepada 19 peratus.


* Kerajaan memperuntukkan RM40.5 bilion untuk pelbagai subsidi pada 2014.

* Kerajaan akan membangunkan satu mekanisme baharu pemberian subsidi petroleum dalam masa terdekat.

* RM56 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan untuk biayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran.

* Kerajaan akan bina 12 sekolah baharu iaitu  tujuh sekolah rendah, 3 buah sekolah menengah dan dua sekolah berasrama penuh.

* RM1.2 bilion untuk program Transformasi Vakasional dan Teknik

* Akta Kerja 1955 dan akta perburuhan yang berkaitan akan dikaji semula bagi memastikan kebajikan pekerja terus terbela.

 * Kerajaan perkenalkan Sistem Insurans Pekerjaan bagi membantu golongan pekerja yang diberhentikan.


* RM600 juta diperuntukkan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam syarikat swasta mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

* RM2 bilion diperuntukkan menerusi MARA kepada pelajar Bumiputera yang layak untuk tajaan pelajaran.

* Kerajaan akan mula membina Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663 km melibatkan jajaran Sarawak sepanjang 936 km dan Sabah (727 km) dengan kos pembinaan RM27 bilion.

* RM660 juta diperuntukkan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bagi memperkukuhkan keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone).

* Landasan lapangan terbang di Lahad Datu akan dipanjangkan bagi membolehkan pesawat berkeupayaan tinggi mendarat, Skuadron Hawk akan dipindahkan dari Butterworth ke Labuan dengan peruntukan RM50 juta.

* RM2.26 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi pembangunan dan operasi.

* Kerajaan akan wujudkan 1Malaysia Youth City dengan peruntukan RM100 juta bagi membiayai tiga projek perintis di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

* Skim Perumahan Belia secara perkongsian pintar di antara kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Cagamas diumumkan.

* Mulai Januari 2015, bantuan persekolahan RM100 seorang akan disalurkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak RM540 juta.

* RM6 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan.

* RM23.3 bilion diperuntukkan bagi perkhidmatan dan kemudahan kesihatan rakyat seperti membina Hospital Dungun di Terengganu dan Hospital Seri Iskandar di Perak, menambah 30 Klinik 1Malaysia, mengganti 635 unit mesin hemodialisis di hospital dan klinik kerajaan.

* RM1.2 bilion bantuan kewangan disediakan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) .

* RM117 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, PERMATA dan Tabika Perpaduan bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak.

* 80,000 unit rumah PR1MA dibina dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion.

* Membina 26,000 unit rumah Program Perumahan Rakyat dengan peruntukan sebanyak RM644 juta.

* Membina 12,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan 5,000 unit Rumah Idaman Rakyat. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 20,000 unit Rumah Aspirasi Rakyat di atas tanah persendirian.

* RM4.5 bilion diperuntukkan bagi menyedia dan menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak.

* Kerajaan akan menyediakan National Water Blueprint bagi memastikan kelangsungan bekalan air di seluruh negara untuk jangka panjang.

* RM17.7 bilion diperuntukkan untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (RM9.1 bilion) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia sebanyak  RM804 juta bagi meningkatkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam serta pertahanan negara.

* Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditingkatkan daripada RM650 kepada RM950 bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

* Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, bantuan BR1M akan ditingkatkan daripada RM450 kepada RM750.

* Pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum RM500 dan akan dibayar pada bulan Januari 2015, pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.




Tuesday, October 7, 2014

Cermin Gelap

Salam sejahtera...


Untuk makluman pada kawan-kawan semua,  (JPJ) akan melaksanakan peraturan baharu bagi penggunaan cermin gelap bermula 1 november ini..
Ketua pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, peraturan itu menepati standard antarabangsa seperti yg telah digunakan oleh kebanyakan negara lain.

Kadar ketelusan cahaya bagi cermin depan=70%, cermin sisi pemandu=50%, cermin sisi penumpang belakang=30% dan cermin belakang 30%

Pengecualian bagi penggunaan cermin gelap melebihi had yg dibenarkan hanya akan diberikan untuk jawatan-jawatan tertentu antaranya Yand di-Pertuan Agong, Sultan, Perdana Menteri, Yang dipertua Negeri serta Ketua Menteri dan Menteri Besar.

Kompaun maksimum RM300 akan dikenakan kpd pengguna jalan raya yg tidak mematuhi peraturan mengikut Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-jenis Kaca tertentu) 1991. Sekiranya kes dibawa ke mahkamah, denda RM500 atau penjara 2 miggu akan dikenakan bagi kesalahan pertama manakala denda RM1000 atau penjara sebulan atau kedua-duanya sekali akan dikenakan bagi kesalahan seterusnya.

JPJ menyasasrkan sebanyak 1.2 juta saman akan dikeluarkan menjelang akhir tahun ini. Antara Januari hingga Ogos lalu, lebih 840,000 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalanraya.

Oleh itu,nasihat saya agar semua pemandu mematuhi peraturan-peraturan ini agar kita semua sentiasa berada dalam keadaan selamat...:-)

Monday, October 6, 2014

Salam Eidul Adha...

Salam Eidul Adha...

Perayaan Eidul Adha di sambut oleh segenap umat Islam di seluruh dunia.
Eidul Adha adalah satu perayaan umat Islam untuk menghayati erti pengorbanan antara Nabi Ibrahim dan anknya Nabi Ismail.
Rasa kecintaan mereka terhadap Allah dan ikatan kasih sayang antara ayah dan anak melahirkan satu pengorbanan yang sangat besar sehingga Allah mengangkat pengorbanan mereka...
Sebagai seorang hamba Allah, kita perlu mengambil peristiwa yang terpahat dalam Quran sebagai teladan hidup kita...
Cinta kepada Allah dan cinta kepada ibu bapa kita...
Sama-samlah kita menghadirkan dan topap rasa cinta terhadap Sang Pencipta sempena Eidul Adha ini...






Thursday, October 2, 2014

ATM digodam

Assalamualaikum..w.b.t

Kawan2 nk tahu tak polis hari ini mengesahkan telah menerima 18 laporan berhubung wang dlm (ATM) lesap akibat digodam melibatkan 4 buah negeri dgn jumlah kerugian RM3.1 juta..   
waaa... banyak tuu

Berdasarkan (CCTV) kejadian tu berlaku pd pukul 8.30 pagi yg memaparkan seorang lelaki dipercayai warga asing berpakaian berlainan mengeluarkan wang drp mesin tu sebanyak 4 kali.. 


So, timbalan pengarah (JSJK) bukit aman, Datuk Hamza Taib telah mengadakan mesyuarat bersama pasukan khas tentang bagaimana hendak mengatasi serta mengukuhkan sistem mesin ATM ini..

mereka juga telah mewujudkan satu platform yg mana semua maklumat terkini dikongsikan bersama supaya dapat mengelakkan perkara ini terus berlaku.




Akhbar hari ini melaporkan (Affin Bank) dan tiga lagi bank telah mengalami kerugian dianggarkan hampir RM3 juta setelah satu sindiket yg didalangi warga amerika latin menggodam ATM mereka di beberapa buah negeri.... khianat betul mereka ni kan.Ingatkan nk datang melawat negara kita, apa buat kacau pulak tu  .hhuhu tak patut...


Hamza berkata, polis juga telah mengedarkan gambar-gambar suspek kpd pihak imegresen di seluruh pintu masuk negara samada darat /laut...   heee  dahsyat betul sekarang ni eh..


Tapi kawan2 jgn risaula, duit kawan2 dlm bank tu semuanya selamat .. insyAllah  :-)


Tuesday, September 30, 2014

Perodua AXIA


Salam sejahtera...

Di sini saya nk kongsikan kpd kwn2 berkenaan dgn perodua AXIA yg telah dilancarkan pd 15 September yg lalu. Ia telah mendapat sokongan ramai kerana harganya yg sangat kompetitif.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) mencapai sasaran jualan 30,000 unit PERODUA Axia pada akhir tahun ini..



Beliau berkata, sejak tempahan dibuka pada 15 Ogos, pihaknya menerima tempahan sebanyak 13,500 unit, dengan tempahan harian antara 500 dan 600 unit.

"Kebanyakan permintaan ialah bagi varian Standard G, transmisi automatik dan manual yang menyumbang sekitar 50 peratus daripada jumlah tempahan," katanya pada taklimat media mengenai pelancaran model itu di sini hari ini.


Ketika ini, Aminar berkata tempoh tempahan bagi model tersebut ialah 15 bulan dan tempoh maksimum dijangka di bawah dua bulan.



Semasa pelancaran, pengeluar kenderaan kompak itu turut mengumumkan kedudukan harga yang lebih baik bagi semua varian Axia. "Kami terharu dengan sambutan menggalakkan daripada orang ramai dan kami menghormati kepercayaan itu serta sokongan, dengan memberikan yang terbaik yang dapat kami tawarkan.
"Senarai harga sebelum ini adalah bersifat sementara dan kami gembira untuk mengumumkan bahawa kami dapat memberikan harga yang lebih baik kepada pelanggan kami," katanya.
Harga tentatif bagi model tersebut ialah daripada RM24,900 kepada RM45,300 manakala harga baharu ialah daripada RM24,600 kepada RM42,530.
So, ape tunggu lagi kawan2..jangan lepaskan peluang keemasan ini...ok

.





Monday, September 29, 2014

Jenis-jenis Blog

Sebenarnya banyak terdapat jenis2 blog ni spt:-
  • Blog politik-   bertkaitan berita,politik,aktivis& semua hal yg berasaskan blog
  • Blog peribadi-  disebut juga buku hatrian online yg menceritakan pengalaman seseorang, keluhan,puisi,idea &perbincangan bersama rakan
  • Blog bertopik-  Blog yg membahas tentang sesuatu & fokus kpd perbahsan tertentu
  • Blog kesihatan-  Lebih spesifik tenteng kesihatan spt. berita kesihatan,keterangan tentang kesihatan & lain-lain
  • Blog sastera-   lebih dikenali sbg litblog
  • Blog perjalanan-  fokus kpd penceritaan perjalanan yg mencerikan pengalaman tentang perjalanan
  • Blog kajian-  Persoalan tentang akademik spt kajian terbaru
  • Blog undang2-  disebut juga dgn blaws iaiatu perihal undang-undang
  • Blog media-    Fokus kpd kontroversi/berita media massa yg tidak konsisten, biasanya hanya untuk rangkaian tv
  • Blog agama -    membahas tentang agama
  • Blog pendidikan-   biasanya ditulis oleh pelajar/ guru
  • Blog petunjuk-     mempunyai banyak link halaman website
  • Blog perniagaan-  Digunakan oleh ahli perniagaan utk kegiatan promosi bisnes mereka
  • Blog pengganggu(spam)-  Digunakan utk promosi bisnes affiliate juga dikenali sbg splogs

Komuniti Blogger

Sejahteralah keatas kamu...


Okla, komuniti blogger ni adalah sebuah iklan yg terbetuk dari para blogger berdasarkan persamaan2
tertentu spt tempat asal, kampus, hobi dll...

Para blogger yg bergabung dlm komuniti2 blogger tersebut biasanya sering mengadakan kegiatan bersama-sama..

Supaya dpt bergabung dlm komuniti blogger, biasanya ada satu syarat/ aturan yg harus dipenuhi supaya boleh masuk pada komuniti tersebut, misalnya yg berasal dari daerah tertentu..

macam mana kwn2 faham ke tak ni..  inilah serba sedikit yg dapat saya kongsi tentang Komuniti Blogger ni..
Ia macam dgn group la jgk yg sentiasa mengadakan aktiviti bersama-sama sambil berblogging...:-))

Sunday, September 28, 2014

Sejarah Blog

 apa khabar kawan2...

Hari ni saya nk kongsikan mengenai sejarah blog..

Tahukah anda media blog pertama kali dipopularkan oleh Blogger.com yg dimiliki oleh Pyralab
& diperoleh oleh Google.com pd akhir tahun 2002..

Semenjak itu, banyak terdapat  aplikasi yg bersifat sumber terbuka yg diperuntukkan kpd perkembangan para blog tersebut..

Blog mempunyai fungsi yg sangat pelbagai dari sebuah catatan harian , media penerbitan dalam
sesebuah pertubuhan politik, sehingga kpd program media&perusahaan..

Banyak juga weblog yg memiliki kemudahan interaksi dgn para pengunjungnya spt menggunakan
buku tamu & kolum komen yg dapat membenarkan para pengunjungnya utk meninggalkan komen melalui tulisan yg disiarkan, namun demikian ada juga yg sebaliknya yg bersifat non-interaktif..

Laman web-laman web yg saling berkait rapat dgn weblog sering disebut sebagai blogosphere, dimana sesebuah kumpulan gelombang aktiviti,maklumat& pendapat yg sangat besar berulangkali muncul utk beberapa subjek/ sangat kontroversi berlaku dlm bloosphere, maka hal itu sering disebut sbg blogstorm/gelombang blog.




Friday, September 26, 2014

Keistimewaan Proton IRIZ




Hi.. salam sayang semua

tengokla kwn2, inilah proton terbaru yg sedang berada di pasaran sekarang ni..
cantik tak...hehe  

Mestila cute kan....emm   harganya pn berpatutan..

Ianya lengkap dgn ciri2 hebat,rekabentuk yg bergaya & teknologi terkini agar kita dapat
terus berhubung dgn kelurga, sanak saudara, rakan taulan & sesiapa shj tidak kiralah dimana 
jua berada..

kwn2 nk tau tak, byk keistimewaan PROTON  IRIZ ni spt;

# mempunyai 5 star Asean Ncap

# ada 6 beg udara keselamatan

# vehicle dynamic control(VDC)

# kamera undur

# sistem akses tanpa kunci sistem infotainmen PROTON

So, apa lagi kwn2... yg berkemampuan tu booking la terus, jgn tunggu lama2
nnti mnyesal plk..:))

Memang betul2 ONz lah...  okey   beli tau..

PROTON-IRIZ-PRICELIST





Thursday, September 25, 2014

Syarat Fesyen muslimah

 haaa  kwn2..

khas utk yg bernama ladies ni,

Perkembangan fesyen busana muslimah sekarang ni macam cendawan selepas hujan kan..

Setiap pereka berlumba-lumba menghasilkan rekaan yg pelbagai konsep, serta identiti tersendiri..

Sungguhpun xde larangan dlm brfesyen, namun perlulah dititikberatkan aspek rekaan&penggayaan

pakaian mengikut syarak... Kita kan orang  ISLAM..

D sini ada 6 syarat Pemakaian Muslimah iaitu:-

1. menutup seluruh badan selain yg dikecualikan
2. longgar & tidak sempit
3. pakaian diperbuat drpd kain yg tebal/tidak menampakkan warna kulit  
4. tak mengandungi haruman&unsur haruman keterlaluan
5. tak menyerupai lelaki
6. tak menyerupai pakaian orang kafir

   

Asia Game

   salam&gud morning!!!
  
selamat berjuang&tahniahlah kepada semua atlit Malaysia yg telah mengharumkan nama negara

di sukan Asia di Incheon sekarang ni..

walaupun saya tak join sekali pergi tengok tapi percayalah doa  kami tetap bersama dengan anda

semua..

so,,  buatlah yg terrbaik utk negara tercinta ini...

bawakla balik seberapa banyak pingat yg mampu anda capai... oraitt


Ingatla Selalu Slogan Ini yerr....  DI SINI LAHIRYA SEBUAH CINTA

alll the best..do the best  :-)

Wednesday, September 24, 2014

Aku hanya NeWbie

  sorry kawan2...

saya baru nk belajar buat blog ni, kalu silap/x cntik,,,    Im sorry banyak2... maklumlah budak baru katakan..

haaaa... siap jugak aku register blog ni

TQ so much pd kwn2 yg sudi melawat blog saya ni

kalu ada kwn2 yg ingin bagi tunjuk ajar/kritikan yg membina agar blog ini menjadi lebih menarik, dipersilakan....:-)))

 

Tuesday, September 23, 2014

Setia menuntut ILMU

Ayat Seribu Dinar

5c8e262b.jpg
Bermaksud :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya),nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
  
*jangan lupa amalkan selalu ayat ini agar kita sentiasa mendapat rahmat serta perlindungan drp Allah s.w.t


Nutrisi Sihat

salam...


Ini adalah herbalife nutrisi yg sihat..

nk tau tak, ia dipanggil F1.. boleh dikatakan semua vitamin terdapat dalam shake herbalife ni..

memang berbaloila... cubala kwn2 compare dgn nasi lemak tu...dahla mahal byk kalori plk tu..
huhhu..

haaa... jgn risau ia bkn ubat... hanya pemakanan seimbang untuk maintain berat badan..

rasanya sgt sedap..


terdapat 5 perisa kesemuanya :-
i)  strawberry
ii) chocolate
iii) cappuchino
iv) vanila 
v)  tropical fruit



kalu nk try blehla info pd saya :-)