Pages

Tuesday, October 7, 2014

Cermin Gelap

Salam sejahtera...


Untuk makluman pada kawan-kawan semua,  (JPJ) akan melaksanakan peraturan baharu bagi penggunaan cermin gelap bermula 1 november ini..
Ketua pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, peraturan itu menepati standard antarabangsa seperti yg telah digunakan oleh kebanyakan negara lain.

Kadar ketelusan cahaya bagi cermin depan=70%, cermin sisi pemandu=50%, cermin sisi penumpang belakang=30% dan cermin belakang 30%

Pengecualian bagi penggunaan cermin gelap melebihi had yg dibenarkan hanya akan diberikan untuk jawatan-jawatan tertentu antaranya Yand di-Pertuan Agong, Sultan, Perdana Menteri, Yang dipertua Negeri serta Ketua Menteri dan Menteri Besar.

Kompaun maksimum RM300 akan dikenakan kpd pengguna jalan raya yg tidak mematuhi peraturan mengikut Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-jenis Kaca tertentu) 1991. Sekiranya kes dibawa ke mahkamah, denda RM500 atau penjara 2 miggu akan dikenakan bagi kesalahan pertama manakala denda RM1000 atau penjara sebulan atau kedua-duanya sekali akan dikenakan bagi kesalahan seterusnya.

JPJ menyasasrkan sebanyak 1.2 juta saman akan dikeluarkan menjelang akhir tahun ini. Antara Januari hingga Ogos lalu, lebih 840,000 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalanraya.

Oleh itu,nasihat saya agar semua pemandu mematuhi peraturan-peraturan ini agar kita semua sentiasa berada dalam keadaan selamat...:-)

0 comments: