Pages

Sunday, October 12, 2014

GST : Cukai Barangan dan Perkhidmatan

Selamat petang semua...

Sekarang ni semua orang kecoh pasal GST, termasuklah juga penulis sendiri..hehe

Apa itu GST


GST (Goods and Services Tax) atau lebih dikenali di Eropah sabagai VAT (Value Added Tax) mula diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.

Ia adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang. GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai.



Lebih daripada 160 negara telah melaksanakan GST (Goods and Services Tax) ini menunjukkan sistem percukaian GST adalah "telus, berkesan dan sistem cukai yang adil."

Pada ketika ini, jabatan-jabatan kerajaan yang mempunyai kaitan secara langsung dan tidak langsung dengan GST berusaha memberikan penerangan dan kesedaran kepada pengguna tentang GST seperti Kementerian Kewangan, Kastam Diraja Malaysia dll.

Mana-mana perniagaan yang belum didaftarkan akan diminta untuk membuat pendaftaran dibawah Kastam Diraja Malaysia sebagai badan pelaksana GST.

haa...itulah serba sedikit tentang GST,  ok

0 comments: