Pages

Monday, April 11, 2016

#Malaysia boleh#

As salam.. kegembiraan jelas terpancar pd wajah jaguh badminton negara kita Dato' Lee Chong Wei sebaik shj menjuarai Malaysia Open petang smlm.. kami sebagai rakyat Malaysia turut berbangga atas pencapaian yg sungguh hebat ini.. hehe..mcm  taip utk paper metro plk.. :)  memang takde lagi la dlm sejarah negara, ada pemain lain yg berjaya memenangi Malaysia Open sebanyak 11x seperti beliau ...huhh,,  memang terrbaik..

permainannya yg sangat konsisten disertakan pula memiliki semangat juang yg kental& berdisiplin tinggi wajar dicontohi oleh sesiapa shj yg iginkan kejayaan spt beliau.. pelbagai kejayaan demi kejayaan dikecapinya sangat memberi impak yg besar dlm sukan badminton tanah air disamping dpt mengharumkan nama negara di mata dunia...syabas& tahniah diucapkan..anda memang legend..perghh..ee

walaupun sebelum ini beliau pernah mengalami kecederaan yg serius ditambah pula dgn masalah digantug perlawanan akibat kes dopping, namun tidak sedikit pun melunturkan semangat beliau utk terus bersinar di arena badminton dlm memahat nama Malaysia di persada antarabangsa...ermm mcm karangan spm pn ada ni...huhu.. idea spontan je ni beb..   beliau yg merupakan anak jati penang ini juga pernah menjadi seorang pemain no1 dunia yg cukup gah mengatasi pemain2 lain yg cukup handal dari negara2 spt china,indonesia& benua eropah.. *Malaysia Boleh* itulah slogan yg perlu ada dlm diri kita sebagai rakyat di bumi Malaysia yg bertuah ini..  betuk tak rakan2!!

harapan ambo agar kita semua dpt mencontohinya dlm meneruskan perjuangan hidup di dunia ini ,bersemangat waja& tak pernah sesekali menyerah kalah.. jika dia boleh,, tk mustahil, kita juga booolehh :-)


0 comments: